Filled Under:

Sayu!!! Pesanan Terakhir Arwah Buat Isteri Dan Adik Beliau Sebelum DI TETAK 6 Kali Sampai Mati..Allahuakbar Kasih abang sampai hujung nyawa,,Menitis Air Mata..

Sayu!!! Pesanan Terakhir Arwah Buat Isteri Dan Adik Beliau Sebelum DI TETAK 6 Kali Sampai Mati..Allahuakbar Kasih abang sampai hujung nyawa,,Menitis Air Mata..

Tumpat: Kasih dan tanggungjawab sebagai abang benar-benar dilaksanakan Allahyarham Muhamad Shukri Husin, 34, apabila tidak mahu adiknya ditipu dan berkahwin dengan suami orang.

Isterinya, Noriah Lah, 34, yang juga jururawat di Hospital Tumpat berkata, sebulan lalu, dia dan suaminya itu ke Pejabat Agama Terengganu dan dimaklumkan oleh pegawai agama di sana mengenai status lelaki berkenaan yang sudah beristeri.

“Hal itu kami maklumkan kepada Azlina, (adik Muhamad Shukri) namun dia tidak mempercayainya. Kerana itu, suami ke rumah keluarga di Jeli pada 10.30 pagi semalam untuk mengambil ibu mentua dan Azlina.

Baca: (5 Gambar) Lelaki mati ditetak di pejabat agama Kuala Terengganu

Baca: Punca kejadian kes bunuh di Pejabat Agama KT didedahkan, mangsa ditikam 6 kali

“Mereka terus ke Terengganu dan bermalam di sana. Pagi tadi saya hanya mengetahui kejadian yang berlaku sekitar jam 11.30 pagi selepas melihat mesej WhatsApp rakan.

“Saya sedang berkursus di hospital dan segera menghubungi adik ipar untuk pengesahan kerana sudah berasa tidak sedap hati,” katanya.

Noriah berkata, Muhamad Shukri anak kedua daripada sembilan beradik juga seorang anak dan abang yang sangat bertanggungjawab kepada keluarganya.

Pagi tadi, Muhamad Shukri ditikam sehingga mati oleh teman lelaki Azlina di kawasan parkir di Kompleks Seri Iman selepas ke Pejabat Agama Kuala Terengganu bagi mendapatkan pengesahan status perkahwinan lelaki terbabit yang terbukti sudah beristeri.

Sementara itu, Muhamad Shukri pernah menulis entri di akaun Facebook miliknya, Ayie Lc mencari isteri teman lelaki Azlina pada 6 September lalu.

Dia kemudiannya mengemas kini entri berkenaan pada 16 September.


Azlina Husin, 27,

Menerusi entri berkenaan, dia minta sesiapa mengenali isteri teman lelaki adiknya itu supaya dapat menghubungi nombor telefon yang disertakannya.

Dakwanya juga lelaki berkenaan lebih dikenali dengan panggilan Awang di Kampung Baloh, Manir.

“Minta maaf kepada yang mengenali Awang dan isterinya..saya bkn (bukan) nk (nak)rosakkan rmh (rumah) tangga kamu, tp (tapi) nk (nak) selamatkan adik saya yg (yang) bingai percaya kata Awang ni.

“Saya nk (nak) cari bini Awang ni supaya masalah ini diselesaikan secepat mungkin,” menurut entri ditulisnya itu.