Filled Under:

Akhirnya Terbongkar Identiti Sebenar Polis Yang Berani Menghina Najib.


AKHIRNYA TERBONGKAR IDENTITI SEBENAR POLIS YANG BERANI MENGHINA NAJIB. Patutlah Berani Sangat HINA Najib, Rupa-Rupanya ada udang di sebalik batu !
AKHIRNYA TERBONGKAR IDENTITI SEBENAR POLIS YANG BERANI MENGHINA NAJIB. Patutlah Berani Sangat HINA Najib, Rupa-Rupanya ada udang di sebalik batu !

Baru-baru ini, seorang lelaki dipercayai anggota polis dianggap biadap apabila memuat naik status dan gambar yang berbaur menghina Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menerusi akaun Facebooknya.


Dalam pada itu, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Nik Azmi Nik Mustapha memuat naik gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15 pada Selasa lalu.
Kapsyen pada gambar tersebut menyatakan, “Takkanlah Yang DiPertuan Agung Sultan Muhammad V boleh tersalah buka pintu kot? Agong pun menyampah tengok wajah PM & Timbalan PM”.
“Pas tu Umno rp yang ‘angguk2 pokko najib’ masih berangan nak tawan kerusi Parlimen RP pada PRU ni?? Ibarat seperti buat LAWAK ANTARABANGSA” tulisnya.
Tindakan Nik Azmi itu mendapat kritikan netizen dan rata-ratanya mahukan individu tersebut di tahan kerana meluahkan kata-kata berbaur penghinaan.
“Jika benar adalah satu kesalahan salah laku penjawat awam kerana penjawat awam menanda tangan akujanji melaksanakan amanah diantaranya tidak boleh menjatuhkan maruah penjawat awam yang lain dimana akan menjatuhkan reputasi perkhidmatan sebagai penjawat awam” kata salah seorang netizen.
“Ini berkaitan pula diantara penjawat awam dengan ketua negara dan pemimpin negara yg tertakluk di bawah YDPA” kata Sulam Bin Anuar Lam.
“Sengaja cari penyakit, bila kena tindakan disiplin kang cakap ni semua salah Najib” kata Oan Skema pula.
Walau bagaimanapun, perkongsian status tersebut sudah dipadamkan kerana mungkin bimbang dikenakan tindakan.
Kredit -  OTAK KIMIA



Akhirnya Terbongkar Identiti Sebenar Polis Yang Berani Menghina Najib. Patutlah Berani Sangat Hina Najib, Rupa-Rupanya Ada Udang Di Sebalik Batu !