Filled Under:

Pelakon Popular Jadi Pemandu Grab Car Untuk Sara Hidup, Baca Kisahnya !


Lama tidak mendengar berita, tiba-tiba nama pelakon Hairie Othman menjadi viral di laman sosial berikutan peminat bertemunya ketika menjadi pemandu Grab Car.
Hampir lima tahun tidak berlakon, Hairi berkata, dia menjadi pemandu Grab Car sebagai mencari pendapatan sampingan.
Menurutnya, selepas dia ‘digam’ berikutan terbabit dengan dunia politik, dia tidak mendapat sebarang tawaran berlakon hingga hari ini.
“Pastinya saya rindu untuk kembali berlakon semula. Selepas kejadian itu ramai yang susah hendak berikan tawaran.
“Walaupun saya pernah membuat pengumuman di Facebook bahawa saya sudah tidak terbabit dengan mana-mana parti politik, masih ada yang ragu-ragu mengambil saya berlakon,” kata pelakon filem Leftenan Adnan itu.
Hairie berkata, dia perlu melakukan pekerjaan lain dan mengambil keputusan menjadi pemandu Grab Car.
Bagi bapa kepada tiga anak itu, apa yang penting dia dan keluarga cukup makan dan tidak hidup melarat.
“Saya tidak sangka selepas seorang peminat viralkan gambar saya memandu Grab Car, ada beberapa wartawan menghubungi saya untuk mengetahui perkembangan terbaru.
“Apa yang saya boleh cakap, sekarang ini saya memang tidak berlakon kerana tiada tawaran dan saya melakukan apa saja pekerjaan asalkan halal,” katanya.
Menurut Hairie, isterinya juga pernah tiada pekerjaan sehingga hampir setahun kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu.
“Saya pernah bertanya kepada penerbit drama yang saya kenali untuk mengambil saya berlakon, tetapi nama saya pernah ditolak sebanyak tiga kali.
“Sedih juga dengan apa yang dilalui, namun saya perlu kuat meneruskan kehidupan demi anak-anak dan isteri,” katanya.



TERKINI !!!!! Pelakon Popular Jadi Pemandu Grab Car Untuk Sara Hidup, Baca Kisahnya !