《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close

Ibu Bapa Tidak Mahu Anak Ini. Apa Ibu Bapa Lakukan Pada Anak Ini Buat Ramai MARAH !!!

loading...

Saya ke hospital Likas untuk melawat anak buah. Sedang memerhati di sekeliling dalam wad tu saya ternampak seorang kanak² terbaring di atas katil seorang diri tanpa penjaga. Saya lihat keadaan dia teruk sebab terdapat tiub untuk minum susu. Saya selak file yg ada di atas mejanya. Kemudian Nurse datang untuk tukar pampersnya dan saya bertanya nurse tu. Apa yg nurse tu cerita buat saya mahu menangis kerana kasihan dan geram kerana ibu bapa anak ini telah........


Ibu Bapa Tidak Mahu Anak Ini. Apa Ibu Bapa Lakukan Pada Anak Ini Buat Ramai MARAH !!! | Saya tulis ni saja untuk kongsi apa yang saya rasa. Kemarin saya melawat anak buah saya di hospital likas, wad melur 2. Tengah² melawat tu perasan katil anak kecil di sebelah ni tiada pelawat. Anak kecil tu tengah tidur, ada hos bersambung di tepi perut (untuk susuan sebab dia tidak minum dari mulut tidak tahu kenapa samada sakit etc), kaki patah. Atas mejanya kosong tiada tanda ada pelawat yang datang. Jadi saya tengok file anak kecil tu dia sudah admit di hospital likas sejak 2 february 2017 sampai ke hari ni. Kebetulan datang nurse hendak tukar pampers anak kecil tu, terdetik mahu tanya mana parents anak kecil ni.
Nurse tu cakap tiada, parents dia tidak mahu budak ni, masa dijumpa budak tu dalam keadaan di dera lagi. Ya Allah gugur jantung saya dengar, disitu juga macam mahu terkeluar air mata saya tapi saya tahan. Kenapa sanggup tinggalkan anak sekecil itu yang masih memerlukan kasih manja dan belaian seorang ibu dan bapa?. Mungkin anak kecil itu ada kekurangan, walaupun hidup kita susah dan tidak mampu sekurang²nya gunalah tulang empat kerat untuk jaga anak syurga tu. Pampers anak kecil tu pun nurse yang tolong belikan, susu hospital yang provide.
Harini saya datang lagi pergi tengok anak kecik tu, untuk hantar sedikit derma keperluan yang boleh dia pakai, kebetulan sampai anak kecil tu menangis tapi dengan suara yang perlahan sangat kesian. Tapi tiada sesiapa di sisi dia untuk tenangkan dia.. mcm sy yg mau meraung di situ.. sedihnya.. sy doakan semoga anak kecil tu akan sihat sepenuhnya dan akan menjadi SESEORANG suatu hari nanti.. sama2la kita doakan dia..
Masa pulang hati sy msi terkenangkn anak kecik tu jd sy kol kwn sy yg jgk doktor di hosp likas tu, tanya2 psl budak tu.. kwn sy ckp ya mmg budak tu ditinggalkn n di dera (patah kaki), kes ni sda diurus dan akan diambil alih oleh pihak kebajikan. Sampainya kn hati org tua buat begitu dgn anak kandung sendiri.
Manatau ada mommies yg ada kebetulan di hosp likas tu, jenguk2 la adik tu dan doakan kesembuhan dia.. mana yg ada kemampuan tu derma la brg2 keperluan yg bole digunakan anak kecil ni. Anak kecil ni namanya Henry Jupili, umur 1 tahun 3 bulan, wad Melur 2 tgkt 3 bilik no. 2. Nombor katil sy lupa tgk, tapi katil dia sebelah kanan dekat dgn dinding tu, belakang kaunter nurse.
Sy bkn niat mo viralkan utk keburukan tp hati sy tersentuh mau ada org ramai utk doakan kesembuhan dia dan bantu dgn ikhlas. Mungkin dia terpaksa berjuang sendiri skrg di sana tanpa belaian dr org2 tersayang..
I hope you will get well soon henry..
+ Kiriman sepenuhnya dari followers Oh! Media. Tiada sebarang perubahan atau lanjutan dibuat dari pihak kami. Untuk yang ingin membantu, bolehlah menghubungi hospital tersebut.
Sumber : FP Oh! Media
loading...